NADI Keusahawanan Webinar Atas Talian Perancangan Perniagaan

6 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mac 2026, telah diadakan satu Webinar Keusahawanan bertajuk Perancangan Perniagaan secara atas talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh peserta yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menyediakan perancangan perniagaan yang sistematik sebelum memulakan atau mengembangkan sesuatu perniagaan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta diterangkan tentang elemen asas dalam penyediaan pelan perniagaan seperti objektif perniagaan, analisis pasaran, strategi pemasaran serta perancangan kewangan. Penceramah turut menekankan bahawa perancangan yang baik dapat membantu usahawan mengurus perniagaan dengan lebih teratur, membuat keputusan yang lebih tepat serta mengurangkan risiko kerugian. Program ini diharap dapat membantu melahirkan usahawan yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali